• Select Riipay during checkout to pay in 3x instalment Learn More
icon-search
icon-search

4 Langkah - Check Handbag Coach Anda Original atau Fake

Sekarang ni, dah terlalu banyak handbag Coach tiruan dijual oleh seller-seller yang tak bertanggungjawab. Surprisingly, ada seller yang claim Coach dia jual tu original siap dapat complete set lagi —  gift receipt, kotak, dustbag, tapi sebenarnya fake. Mungkin seller tu sendiri tak tahu yang dia jual tu fake (bersangka baik).


Check Handbag Coach Anda Original atau Fake


Kalau sebelum ni you pernah beli dari reseller yang claim original, macam mana nak check dan pastikan betul ke Coach tu betul-betul original? So dalam blog ni, Sis nak share an informative topic — How Do You Check Whether Your Coach is Authentic or Fake?

Sebenarnya ada banyak cara kita boleh kenal dan bezakan Coach yang original dengan yang fake. Ada orang yang dah biasa, dia pegang je leather tu dia dah tahu bag tu ori ke tipu. 

Sis nak share 4 Steps yang paling mudah supaya you boleh check sendiri bag Coach you tu betul-betul original ataupun sebaliknya. 4 perkara yang you perlu tengok adalah:

  1. Craftsmanship

  2. Creed

  3. Receipt

  4. Care Card


1. Check the Craftsmanship and Quality

Check Handbag Coach Anda Original atau Fake

Anda perlu tahu sebenarnya produk Coach terbahagi kepada 2 collection —  Boutique Collection & Outlet Collection. Boutique ni yang selalu kita jumpa Butik Coach dekat shopping mall tu. Outlet pulak macam Johor Premium Outlet (JPO) atau Genting Premium Outlet (GPO).

Biasanya harga produk untuk Coach Boutique Collection lebih tinggi dari Coach Outlet Collection. Whether your bag is from Boutique or Outlet Collection, Coach sangat pentingkan kualiti! Craftsmanship barangan Coach yang original adalah superb.

Bila you baru beli bag Coach, make sure perkara pertama you buat adalah tengok pada overall quality bag tu. Feel the material. Kalau bag tu jenis genuine leather, cuba cium dan bau leather tu. Genuine leather akan ada bau yang distinctive, berbeza dengan leather tiruan.

Then tengok pada jahitan. The spacing atau gap mestilah nampak sekata atau sama. Kalau spacing jahitan tu banyak yang uneven ataupun tak kemas —  kejap pendek kejap panjang, berkemungkinan bag tu bukan Coach original.

Lastly, you boleh check the hooks, zip, buckle, buttons and other hardware. Original Coach always use the best quality. Feel dia punya spring tension dekat hooks tu. Kalau ada goyang-goyang, terlalu keras atau rasa kosong, kemungkinan juga bukan original.


2. Ensure the Creed Has No Errors

Check Handbag Coach Anda Original atau Fake

Creed ni adalah satu leather patch biasanya terletak pada bahagian dalam handbag tu. Dekat creed tu, ada tulisan atau 'Story' about the model of the handbag. Pada bahagian bawah you akan nampak code atau nombor which is the model/style number of the bag (for newer models)

You boleh confirm beg tu tak ori kalau you ada jumpa kesalahan ejaan atau nombor terakhir dekat bawah tu tak sama dengan model/style number bag you tu

You boleh try Google search style number yang tertulis dekat creed Coach handbag you. Kalau keluar model Coach yang lain dari bag you, then bag tersebut mungkin bukan original.


3. Compare the Details in the Receipt and Warranty Card

Check Handbag Coach Anda Original atau Fake

Kalau you beli Coach dari reseller dan dapat original receipt/gift receipt atau warranty card, ada cara you boleh check and authenticate.

First, tengok model number dekat resit tu. Sama macam step Creed sebelum ni, Google je nombor tu and kalau keluar gambar sama macam handbag you itu adalah petanda yang baik.

Check Handbag Coach Anda Original atau Fake

Next step, check receipt tu beli dekat Butik/Outlet mana & compare dengan warranty/authenticity card kalau dapat sekali. Contohnya kalau resit tu tulis beli dekat Outlet USA, jadi Warranty/Authenticity card pun mestilah dari USA juga, bukan Europe, bukan Asia.

Pengalaman Sis before this, pernah ada seorang customer sebelum ni dia beli handbag Coach dari reseller lain dan minta tolong Sis tengokkan ori ke tak. Handbag tu dia beli dapat gift receipt, warranty/authenticity card, box, dustbag, boleh kata complete set juga lah. Sis tengok gift receipt tu, ada tulis bought from USA Outlet tapi warranty card dia pula ada tulis customer service contact number Coach Singapore. That is something wrong kan?

Lagi satu, warranty/authenticity card tu pun you boleh nilai sendiri quality dia dari segi font, tulisan dia center ke tak. Kalau ada senget-senget atau printing tak kemas pun mungkin bukan ori.


4. Check the Details on the Care Card

Check Handbag Coach Anda Original atau Fake

Jom tengok pada Care Card. Selalunya setiap bag dan purse dari Coach Original akan dapat sekali Care Card ni. Care Card ni ada terangkan langkah-langkah penjagaan beg tersebut. Tapi sekarang ni Coach yang fake pun datang dengan care card jugak tau!

Check the Coach Care Card. The smaller one (kiri) biasanya kita jumpa dalam produk Coach yang kecil macam wallets, wristlets & card cases. Yang besar sikit tu (kanan) biasanya kita jumpa dalam beg atau clutches. 

Cuba tengok pada tulisan 'CARE INSTRUCTIONS'. Tulisan tu mestilah printed dekat bahagian bawah, macam dalam gambar tu. Biasanya yang fake, jarak tulisan tu lari ke atas sikit.


Dah Tahu Cara Nak Bezakan Coach Original Dengan Yang Fake?

Mana yang dah beli handbag Coach tu, boleh lah try follow this guide ni untuk check authenticity sendiri. Senang je kan?

Banyak perbezaan dari segi kualiti antara Coach original dan Coach tiruan. Sudah tentu yang original akan lebih tahan, berbaloi lah dengan harga. Jangan sebab harga yang murah, kita terbeli yang fake. Pakai sebulan dua dah rosak atau koyak, kan rugi tu? Kalau nak cari handbag original, always remember to buy from trusted reseller.


Dekat Mana Nak Beli Handbag Coach Original?

Tengah mencari handbag, purse, jam dan aksesori ORIGINAL? Anda bolehlah shopping bersama Premiumvibes. Kami adalah e-commerce website di Malaysia di mana anda boleh mencari produk fesyen berjenama ORIGINAL seperti COACH, FOSSIL, KATE SPADE, MICHAEL KORS dan banyak lagi.

It is our company's policy to provide only original products and we are strictly against counterfeits. Setiap produk akan diperiksa dengan teliti oleh team kami sebelum dijual.

Semua produk di website kami adalah 100% ORIGINAL – dari outlet dan butik di USA, Europe, Japan, dan kami memberi jaminan pulangan wang balik jika tidak ori.


Facebook Page: https://www.facebook.com/premiumvibes.my
Instagram: https://www.instagram.com/premiumvibes.my/

Website: https://www.premiumvibes.my/

 



Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping