Select Riipay during checkout to pay in 3x instalment Find my style
icon-search
icon-search

6 Perkara Anda Wajib Tahu Sebagai Pemilik Beg Leather

Jika anda penggemar leather bag, tak kesah lah dari jenama Fossil, Marc Jacobs, Coach atau yang lebih mahal seperti LV, Chanel, Burberry, anda perlu tahu cara penjagaan yang betul. 

Beg kulit yang berkualiti boleh bertahan lebih lama jika dijaga dengan betul serta dapat mengelakkan permukaannya menjadi kering dan merekah. Sayang kan dah beli mahal-mahal lepastu sekejap je dah rosak?

Jom kita tengok macam mana cara penjagaan bag kulit yang betul supaya ia tetap kekal cantik, lembut dan tahan lama.

Perkara yang perlu anda sediakan:

  • Leather cleaner
  • Leather conditioner
  • Bubble Wrap
  • Dust bag atau sarung bantal
  • Tissue paper
  • Kain cotton lembut
  • Suede brush
  • Serbuk kapur/chalk powder

Jom kita start:

Penjagaan Bag Leather

1. Pastikan tangan dalam keadaan bersih semasa memegang leather bag anda

  • Bag kulit sangat cepat untuk meresap minyak dan kotoran. Bersihkan permukaan kulit dengan kain cotton yang lembut dan lembab. Pastikan kain tidak terlalu basah ini kerana kulit memerlukan masa yang lama untuk kering.

2. Gunakan leather cleaner yang khas untuk bag kulit

  • Letakkan sedikit leather cleaner di kain yang lembut dan lap secara circular motion keatas permukaan kulit. Setelah selesai, terus bersihkan permukaan tadi dengan kain cotton lembab supaya lebihan leather cleaner tadi tak menyumbatkan liang-liang kecil di permukaan kulit. Pencucian boleh dilakukan 1 ke 2 tahun sekali untuk memastikan bag kulit anda sentiasa bersih.

3. Gunakan leather conditioner untuk melembabkan permukaan bag kulit

  • Penggunaan leather cleaner akan menyebabkan permukaan kulit bag anda menjadi kering. Selepas mencuci bag, pastikan anda menggunakan leather conditioner supaya ia kembali lembut.

4. Bersihkan kotoran di bag anda dengan pantas

  • Kotoran disebabkan makanan mudah dibersihkan dengan serbuk kapur atau chalk powder. Biarkan serbuk kapur semalaman di atas permukaan bag yang kotor dan bersihkan dengan kain yang bersih.

5. Letak kan bubble wrap atau kain di dalam bag yang tidak dipakai

  • Untuk mengembalikan bentuk bag dan memastikan bentuk bag anda sentiasa terjaga, simpankan gumpalan bubble wrap atau kain semasa bag tidak dipakai.

6. Bersihkan kulit jenis baldu dengan “suede brush”

  • Sentiasa membuat kajian dalam penjagaan untuk setiap material bag kulit anda kerana jenis penjagaan berbeza untuk setiap jenis kulit yang berlainan.

leather care

Tips Tambahan:

  • Simpan barangan kosmetik anda di dalam pouch make-up yang berlainan. Barangan make-up seperti pensil atau cecair boleh merosakkan fabrik.
  • Sentiasa mengunakan produk perlindungan seperti leather protective spray untuk melindungi bag anda daripada kotoran jika anda selalu menggunakannya.
  • Elakkan dari mencuci produk menggunakan alcohol, turpentine atau bahan mineral lain untuk mengelakkan warna kulit menjadi pudar dan kering.
  • Jangan sekali-kali biarkan air meresap ke dalam kulit. Jangan mengunakan hair dryer untuk pengeringan sebaliknya boleh menggunakan kain microfiber yang tebal dan serap sebanyak mungkin air di permukaan dan biarkan ia kering sedirinya.
  • Jauhkan bag anda dari sebarang bahan kimia seperti spray rambut, pewangi atau mana-mana produk yang melibatkan bahan kimia.
  • Penggunaan waxes atau silicone akan menyebabkan liang-liang pada permukaan kulit tersumbat dan menyebabkan susah dicuci pada masa depan.


Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping