• Select Riipay during checkout to pay in 3x instalment Learn More
icon-search
icon-search

Nak beli handbag? Pilih ikut bentuk badan anda

Nak beli handbag? Pilih ikut bentuk badan anda

Pemilihan beg tangan atau handbag yang sesuai dengan bentuk badan adalah sangat penting supaya kita nampak lebih menarik semasa menggayakannya. Mungkin ramai diantara kita yang tak tahu kepentingan pemilihan beg yang sesuai dengan bentuk badan kita. Nampak model tu pakai cantik, kita pun terus beli. 

Jangan macam tu! Tak semua beg sesuai untuk semua orang. Dalam article ni, kami nak share dengan anda guide untuk pilih handbag yang sesuai dengan bentuk badan anda. 

Premiumvibes adalah original brand reseller seperti Coach, Fossil & Micheal Kors. Semua produk di website kami adalah 100% original dengan jaminan pulangan duit. Follow je tips kami dalam article ni untuk menjadi lebih confident dengan pilihan beg tangan anda. 

Pemilihan beg akan menjadi lebih mudah apabila anda tahu jenis bentuk badan anda. Jom tengok anda di kategori yang mana.

Kenali bentuk badan anda

  • Jika bahu anda lebar dari bahagian pinggul, anda mempunyai bentuk badan segitiga terbalik.
  • Jika bahagian pinggul anda lebih besar dari pinggang dan bahu, anda memiliki bentuk badan jenis pear.
  • Jika bahagian pinggul, pinggang dan bahu sama, anda memiliki bentuk badan jenis segi empat.

 

  • Jika bahagian pinggang anda lebih besar dari bahu dan pinggul, anda memiliki bentuk badan jenis apple.
  • Jika bahagian pinggul dan bahu sama dan lebih besar dari pinggang maka anda memiliki bentuk badan yang paling ideal iaitu hourglass type.



Dah tahu anda dalam kategori yang mana? Menurut Fashion Expert, pemilihan beg harus lah berlawanan dengan bentuk badan. Rujuk point di bawah.

1. Bentuk badan segi tiga terbalik

Untuk bentuk jenis segitiga terbalik ini, berikan lebih perhatian di bahagian pinggang. Untuk kelihantan lebih seimbang, elakkan pemilihan strap di bahu yang terlalu pendek, kecil atau lebar. 

Jenis bag yang sesuai untuk anda adalah crossbody, belt bag, long straps handbags dan clutch.

2. Jika anda memiliki bentuk badan segi empat

Bentuk badan yang sekata apabila digayakan dengan bag yang betul dapat mengubah keseluruhan penampilan anda. 

Anda disarankan menggayakan jenis soft leather bag seperti hobo, oversized satchel bag atau tote bag kerana ia akan memeberi fokus lebih kepada bag dan mebuatkan anda kelihatan lebih menarik. Biarkan ia jatuh panjang ke bahagian pinggul untuk lebih keseimbangan.

Extra Tips: Elakkan memilih structured atau geometric bag.

3. Bentuk badan jenis pear

Keseimbangan di bahagian pinggang ke atas adalah diutamakan untuk menciptakan look yang seimbang untuk anda. Elakkan bag yang mencecah pinggang ke bawah fokus pada bahagian bahu dan dada.

Bag yang sesuai untuk anda adalah jenis shoulder bag, bucket bag atau belt bag boleh disilang di bahagian dada.

4. Apple shape body

Small Strap dan unstructured bag kurang sesuai untuk anda. Sebaliknya anda boleh cuba untuk menggayakan hard leather tote bag atau top handle bag. Design macam ni akan membuatkan penampilan anda lebih menarik dan seimbang dengan bentuk badan.

5. Hourglass body type

Bentuk badan yang paling ideal dan pemilihan bag tidak menjadi masalah kepada anda. Sesuai untuk mengayakan pelbagai jenis bag dan pilih bag yang tidak menutup bentuk badan anda.

Extra Tips: Boleh cuba patterned atau smooth textured leather bag dan match-kan dengan simple outfit. 


Jika sebelum ini anda hanya membeli handbag yang anda suka tanpa mengambil kira aspek bentuk badan anda, kami harap Premiumvibes Tips & Tricks ini dapat membantu anda memilih serta menggayakan beg idaman anda dengan lebih confident.

Dah tahu beg mana yang sesuai dengan anda? Jom tengok design beg yang available di website kami www.premiumvibes.my 




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping